Bicara Hati Keluarga: Antara Fitnah & Amanah

RM0.00

“Bicara Hati Keluarga: Antara Fitnah & Amanah” ialah program bicara ilmu bersama Dato’ Dr. Sheikh Hussain Yee yang mengupas cabaran, amanah dan nilai kekeluargaan menurut perspektif Islam. Sertai sesi penuh inspirasi ini dalam suasana yang tenang dan bermakna di Saloma Kuala Lumpur. Acara ini dianjurkan sebagai satu inisiatif di bawah Yayasan Insan Sakan dengan kerjasama Saloma Kuala Lumpur.

🎉
Event ini adalah percuma! Sila klik “Add to Cart” dan teruskan proses ini untuk melengkapkan pendaftaran dan menerima tiket anda.

Anda hanya boleh pilih maksimum 2 tiket bagi setiap pendaftaran.
SKU: N/A Category:

 

ABOUT THE EVENT

“Bicara Hati Keluarga: Antara Fitnah & Amanah” merupakan sebuah program ilmiah yang membincangkan cabaran institusi kekeluargaan dalam menghadapi fitnah, ujian serta tanggungjawab sebagai sebuah amanah yang perlu dipelihara. Disampaikan oleh Dato’ Dr. Sheikh Hussain Yee, sesi ini akan mengupas panduan berdasarkan al-Quran dan sunnah dalam membina keluarga yang harmoni, berakhlak dan berlandaskan nilai-nilai Islam.

Program ini dianjurkan sebagai satu platform di bawah Yayasan Insan Sakan dengan kerjasama Saloma Kuala Lumpur untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan komunikasi, kepercayaan dan tanggungjawab dalam institusi keluarga. Masuk adalah percuma, namun pendaftaran diperlukan bagi tujuan pengurusan dan memastikan pengalaman yang selesa kepada semua peserta.

EVENT DETAILS

Tarikh 21 Julai 2026 (Selasa)
Masa 9:30 malam – 11:00 malam
Lokasi Saloma Kuala Lumpur
Pintu Dibuka 9.00 malam

EVENT TENTATIVE

8.30PM Pendaftaran bermula
9.00PM Pintu dewan dibuka
9.30PM Acara bermula
11.00PM Tamat acara

FEATURING

Dato’ Dr. Sheikh Hussain Yee

Dato’ Dr. Sheikh Hussain Yee ialah seorang pendakwah dan cendekiawan Islam terkemuka di Malaysia yang berketurunan Cina. Beliau memeluk Islam pada lewat 1960-an dan merupakan pengasas pusat pendidikan dakwah, Al-Khaadem. Beliau terkenal di peringkat antarabangsa dan tempatan kerana sering menyampaikan ceramah, tazkirah, dan perkongsian berkaitan akidah.

Dilahirkan dalam keluarga beragama Buddha, beliau mendalami ilmu agama dan pengajian hadis secara langsung di institusi Islam terkemuka. Pengalaman perjalanan hidayah beliau sering menjadi inspirasi dalam kalangan masyarakat.

 

Soalan Lazim (FAQ) Acara

1. Adakah acara ini berbayar?

Tidak. Acara ini **percuma** untuk semua.

2. Perlukah saya mendaftar walaupun percuma?

Ya. Pendaftaran diperlukan untuk tujuan rekod kehadiran, kelancaran urusan masuk, dan pengurusan kapasiti.

3. Bagaimana saya mendaftar?

Anda boleh imbas **QR Code** pada poster atau daftar terus di laman: **events.salomagroup.com**.

4. Adakah saya akan menerima pengesahan selepas mendaftar?

Ya, anda akan menerima **QR Code Tiket** dalam bentuk PDF melalui **emel dan WhatsApp** sebagai bukti pendaftaran. Sila simpan QR Code Tiket itu untuk proses check-in.

5. Bagaimana proses check-in di lokasi nanti?

Semasa tiba di pintu masuk, tunjukkan sahaja **QR Code Tiket** anda kepada petugas untuk diimbas bagi memastikan rekod kehadiran dan kelancaran aliran masuk.

6. Adakah tempat duduk disediakan?

Ya, tempat duduk adalah berdasarkan **siapa cepat dia dapat**. Mohon hadir awal untuk dapatkan tempat terbaik.

7. Di mana saya boleh parkir?

Parkir tersedia di **Lanai @ MaTic** dan kawasan sekitar **Saloma Kuala Lumpur**.

8. Pukul berapa saya patut tiba?

Kami sarankan anda tiba **30–45 minit lebih awal** untuk mengelakkan kesesakan.

9. Adakah kanak-kanak dibenarkan hadir?

Dibenarkan, tetapi mereka perlu berada di bawah **pengawasan ibu bapa atau penjaga**.

10. Siapa yang menganjurkan acara ini?

Acara ini dianjurkan oleh **Yayasan Insan Sakan** dengan kerjasama **Saloma Kuala Lumpur** .

 

Gender

Male, Female